SELAMAT DATANG ...

Majlis Ketua / Komuniti (MKK) Kampung Belau Merbok, Kedah Darul Aman ( e- mail : mkkbelau@yahoo.com )

Thursday, December 30, 2010

AKTIVITI DI KG BELAU ...

Pelbagai aktiviti di jalankan dan dilaksanakan di Kampung Belau. Setiap aktitiviti yang dijalankan sering mendapat kerjasama positif daripada semua pihak. Di Kampung Belau, satu kelab belia di tubuhkan pada peringkat kampung. Kelab tersebut di namakan sebagai Kelab Pendidikan, Sukan Dan Kebajikan Kampung Belau atau kelab belau. Kelab belau dengan kerjasama MKK dan Ahli Jawatankuasa bekerjasama dalam menjalankan aktiviti untuk masyarakat kampung. Diantara aktiviti tersebut ialah seperti berikut:
1.      Latihan Silat Minangkabau – setiap jumaat malam sabtu dan selasa malam rabu
2.      Kelas Tuisyen – Setiap hari Jumaat dan sabtu (pagi dan petang)
3.      Latihan Gendang Silat – Setiap malam Rabu dan Ahad.
4.      Bacaan Kitab dan Yassin – setiap Malam jumaat (pusat tarbiyah/surau)
5.      Kuliah Agama – setiap pagi sabtu (pusat tarbiyah/surau)
6.       Latihan Berzanji/marhaban – setiap malam isnin (pusat tarbiyah/surau)
7.      Pengajian Tajwid- belajar al-quran (pusat tarbiyah/surau)
8.      Kem motivasi – dikelolakan oleh kelab belau secara berkala
9.      Perkhemahan - dikelolakan oleh kelab belau secara berkala

EKONOMI KAMPUNG BELAU ...

Ekonomi penduduk Kampung Belau pada asasnya mempunyai taburan yang tidak sekata. Pada umumnya, majoriti penduduk disini adalah pertanian iaitu bersawah. Bagi golongan muda pula, kebanyakkannya bekerja di Bandar iaitu dalam industri.
Secara kasarnya purata ekonomi penduduk kampung boleh di kategorikan seperti berikut:
1.      50% - pertanian ( pesawah, penoreh, petani, peternak dan pekebun)
2.      15% - berniaga ( kedai makan, kedai runcit, gerai serta buahan)
3.      15% - bekerja sendiri (upah kerja, kerja luar dan lain-lain)
4.      20% - industri (perkilangan,pembuatan, teknikal dan professional)

DATA PENDUDUK KG BELAU ...

Mengikut bancian dan kajian pihak Majlis Komuniti Kampung Belau, beberapa nama penting disenaraikan untuk kemudahan tindakan dan pemantauan. Tujuan  didatakan adalah untuk bantuan dan menjaga kebajikan penduduk terbabit. Nama dan maklumat penuh adalah disimpan untuk tindakan. Diantara data berkaitan tersebut adalah seperti berikut:
1.      Jumlah ibu tunggal – 3 orang
2.      Jumlah anak yatim/yatim piatu – 10 orang
3.      Jumlah Miskin/fakir miskin/tidak berwaris  – 1 orang
4.      Jumlah warga emas – 14 orang
5.      Jumlah OKU/ Cacat – 3 orang

purata penduduk kg belau ...

Seperti tempat atau komuniti lain, Kampung Belau mempunyai taburan penduduk. Purata penduduk di kategorikan mengikut umur. Secara purata kasarnya, penduduk Kampung Belau adalah seperti berikut:
1.      8% - 70 tahun keatas (Warga Emas)
2.      22%- 55 tahun hingga 69 tahun (Warga Atasan)
3.      25%- 40 tahun hingga 54 tahun (Warga Pertengahan)
4.      20%- 21 tahun hingga 39 tahun (Warga Belia)
5.      13%- 13 tahun hingga 20 tahun ( Warga Muda)
6.      12%- 12 kebawah (Warga Kanak-kanak)

infrastruktur oleh kelab belau ...

Kemudahan atau infrastruktur lain yang dilaksana dan di uruskan oleh Kelab Belau:
1.      2 Buah bangunan tuisyen – aktiviti tusiyen percuma
2.      1 Buah Mini perpustakaan/muzium  – untuk bacaan/rujukan mini
3.      1 buah gelanggang – latihan silat minangkabau
4.      1 unit bangsal gendang -  untuk latihan gendang silat
5.      1 gelanggang badminton – untuk permainan badminton

lain-lain binaan dan bangunan milik persendirian

Infrastruktur lain yang dibina dan dilaksanakan sendiri oleh penduduk kampung ialah:
1.      2 buah kedai makan – perniagaan sendiri (makanan)
2.      3 buah gerai/warung – jualan makanan ringan (kuih,nasi,bahan masakan)
3.      1 buah kedai runcit – perniagaan sendiri (barang runcit)
4.      1 buah kedai roti – perniagaan sendiri (pembuatan roti)
5.      2 buah bangunan – jualan makanan bahan mentah (ayam proses dan buahan)
6.  1 Kedai basuh kereta - untuk basuh kereta

kemudahan lain di belau

Kemudahan lain untuk penduduk ialah:
1.      Sebuah  Dewan Orang Ramai - tempat pertemuan penduduk.
2.      Surau Kampung Belau - tempat solat.
3.      Pusat Tarbiyah Islam – Aktiviti agama dan tarbiyah.
4. Perpustakaan Desa Kg Belau - budaya membaca

Infrastruktur Kg Belau

Kampung Belau merbok sejak kewujudannya sehingga kini telah mempunyai kemudahan asas untuk kemudahan penduduk. Diantara adalah seperti jalan utama kampung iaitu Jalan Negeri/Persekutuan dari Sungai Petani Ke Alor Setar melalui Merbok. Kewujudan juga Simpang dipertengahan Kampung Belau iaitu jalan alternatif ke dua ke Pekan Merbok Melalui Sekolah Kebangsaan Merbok (Pusat). Selain itu, mini tar kecil ke dalam kawasan kampung juga ada bagi rumah-rumah yang jauh dari jalan utama kampung.

PENGENALAN KG BELAU MERBOK

Kampung Belau adalah sebuah kampung yang terletak di dalam Negeri Kedah Darulaman. Kampung ini terletak didalam Daerah Kuala Muda dan didalam Mukim Merbok. Kampung Belau berlokasi di antara Kampung Simpang Tiga Pasir di bahagian Utara, Kampung Merbok di bahagian Selatan, Kampung Bukit Haji Omar di bahagian Timur dan Kampung Banggol di bahagian Barat. Keluasan Kampung Belau adalah lebih kurang 6000 Meter persegi. Kampung ini terletak di kaki bukit Gunung Jerai.

BLOG RASMI MAJLIS KETUA/KOMUNITI KAMPUNG BELAU MERBOK...

BISMILLAH HIRRAHMA NIRRAHIM....
DENGAN RASMINYA DENGAN INI BLOG KAMPUNG BELAU DI LANCARKAN...